tag:blogger.com,1999:blog-30583994804458079032024-02-18T18:05:31.457-08:00Perempuan Perempuan BackpackersAzzah 'Izzat' ARhttp://www.blogger.com/profile/13064546644366816594noreply@blogger.comBlogger4125tag:blogger.com,1999:blog-3058399480445807903.post-13979018923933871652013-05-14T17:35:00.001-07:002013-05-15T08:36:09.885-07:00Sawadee Phuket - Part 1
Beli tiket di bulan Februari, perginya 13 - 16 Mei. Alhamdulillah dapat tiket RM206 seorang pergi balik, AirAsia tentunya. Kali ini tak pergi backpack dengan kawan-kawan. Bawa emak dan abah, hadiah hari jadi.

Kemudian tanya kawan-kawan, jelajah blog orang untuk buat itinerari. Saya hanya tahu Phuket ada pantai yang cantik dan pernah dilanda tsunami tahun 2004. Teringat filem The Impossible.

Booking hotel pun lebih sebulan sebelum, melalui Booking.com. Supir cari awal juga, tetapi last minute baru dapatkan detail daripada kawan dan terus book.

Tiga hari sebelum terbang, kaki abah bengkak. Gout. Bukan satu, tapi dua-dua. Emak pula dijemput sebagai tetamu VIP pada 15 dan 16 Mei, perayaan Hari Guru peringkat kebangsaan.

Ah, sudah....

Apakan daya, emak memang perlu hadir majlis itu. Jadi, selepas 'bergaduh' dengan AirAsia, akhirnya dapatlah juga 'tukar' tiket a.k.a beli baru dan okaylah juga kerana MAS lagi hilang akal yakni RM600+.

Last minute juga buat keputusan untuk naik teksi ke airport. Bapa kepada kawan anak buah saya, Najah, pemandu teksi premium.

Jadi, 13 Mei, jam 5.30 pagi kami berangkat ke LCCT.

6.30 pagi baru tiba.

Cari surau, rupanya sudah dipindahkan ke luar.

Berkejaran ke gate Y2 dan semasa verify dokumen, si gadis penjaga pintu kata, "Kalau ada luck, gate belum tutup."

Fine.

Imigresen tak berapa panjang, tapi scan bag agak panjang. Terus saya potong line dan kata kepada pegawai itu, "Kami flight ke Phuket, boleh tak jalan dulu?"

Dia kata, ok.

Kemudian, dia melaung bertanya kepada seseorang berhampiran pintu boarding, "Phuket buka lagi tak?"

Phew.

Masih dibuka. Tengok kiri, emak dan abah pun dah dapat scan beg segera. Terus tuju ke pintu, tengok cikpuan skirt merah pun sudah duduk borak-borak. Amboi.

Syukur, pintu naik ke kapal dekat. Tak perlu abah menapak jauh.

Dan penerbangan pun bermula....

Tiba di Phuket jam 7.40 pagi waktu tempatan. Supir kami, Mr Manas sudah pun menunggu.

Kemain tulis nama penaku.

Disebabkan masih very early in the morning, maka kami bermesyuarat dulu di tepi jalan bagi menentukan hala tuju kami pada hari ini.

Azzah 'Izzat' ARhttp://www.blogger.com/profile/13064546644366816594noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3058399480445807903.post-33761368409638694272013-04-25T09:48:00.001-07:002013-04-25T09:48:39.867-07:00Turkiye Part 1
Akhirnya salah satu impian of a lifetime saya tercapai. Alhamdulillah!

Walaupun saya akan ke Jogja terlebih dahulu, namun adrenalin sudah sampai ke Istanbul. Yeah! Istanbul, aku datang!

Pulang dari Jogja, saya hanya punya sehari untuk bersiap ke Turki. Cuci baju, tukar wang, dan... sebenarnya banyak yang sudah siap sebelum ke Jogja lagi. Maklumlah, teruja yang amat!

Pagi ke KLIA, terus sahaja saya ke kaunter K sebagaimana yang diarahkan oleh Cikpuan Nadia dari Dilruba. Lama sungguh saya tidak melancong dengan pakej. Kali terakhir rasanya pergi umrah dan ziarah pada tahun 2008.

Pak Latip sudah sedia beratur untuk check-in. Kami naik Qatar Airways, dan tentunya akan transit di Doha. Teringat semasa ke Mesir transit di Abu Dhabi. Asyik transit saja di UAE, harap satu hari nanti adalah rezeki saya mengembara pula ke negara-negara mewah itu.

Semasa check-in, bersungguh gadis kaunter itu menerangkan berkenaan warna boarding pass dan penanda hand luggage. Pelik juga, sebelum ini tak pernah lagi mana-mana penerbangan highlight berkenaan penanda hand luggage. Rupanya ada gunanya. Nanti kisahnya di airport Doha.

Ada sedikit lagi RM yang belum sempat saya tukar ke USD dan ada juga SGD60. Dalam mencari money exchange, Cikpuan Nadia tiba-tiba menyapa. Oh, rupanya ahli rombongan yang lain sudah check in lebih awal dan berkumpul di kafe.

Saya dan Pak Latip pun menyertai mereka. Kini sudah kenal roomate saya, dua beradik iaitu Arafah dan adiknya Iman.

Sementara menunggu boarding, saya selesaikan semua yang perlu; tukar wang, tandas, dan sarapan. Tiba masanya, kami pun bergerak ke pintu perlepasan dengan aerotrain.

Azzah 'Izzat' ARhttp://www.blogger.com/profile/13064546644366816594noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3058399480445807903.post-75104158566501601402013-04-25T09:27:00.001-07:002013-04-25T09:28:00.663-07:00Muslim Backpackers
Saya dan sahabat ada membuka FB Page bernama Muslim Backpackers.

Kami mengumpulkan tip, maklumat, dan foto menarik berkaitan pengembaraan ke seluruh dunia.

Mari like page Muslim Backpackers!

Azzah 'Izzat' ARhttp://www.blogger.com/profile/13064546644366816594noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3058399480445807903.post-66262194244433987762012-11-07T05:58:00.001-08:002012-11-07T06:59:00.705-08:00Singapore Writers' Festival 2012: Nekad.

Sebenarnya saya hampir terlupa berkenaan festival ini. Sehinggalah Puan Ainon Mohd meminta bantuan saya menghantar Prof Abdullah Hassan ke ITBM, bagi menaiki bas ke Singapura. Dan melihat status rakan-rakan penulis yang sudahpun berlepas ke sana. Baru saya teringat semula... cita-cita sejak setahun lalu.

Saya sedang dalam pengembaraan bersama Izanor sejak 31 Oktober. Seremban - Hutan Melintang - Kuala Selangor - Janda Baik - Genting Highlands - Seremban. Juga baru 10 hari pulang dari Mesir. Jadi, tidak dapat saya membuat keputusan sama ada mahu pergi ataupun tidak ke Singapura.

Sebaik tiba di Seremban, saya terus menimbang-nimbang. Berpuluh kali saya merayaui jadual program. Dan pada pagi 7 November 2011, barulah saya tekad membuat keputusan - PERGI!

Tindakan pertama saya ialah mendobi pakaian. Dengan doa, semoga hujan tidak sudi turun sepanjang hari, memandangkan pakaian saya hanya itulah dibawa ke mana-mana pun. Selesai memasukkan pakaian ke dalam mesin, saya mula serius menghadap komputer dengan mengabaikan Facebook. Masuk ke laman web AirAsia, Nice Coach, SiSTiC, dan Sleepy Sam's Bed & Breakfast. Oh, sekarang namanya Sleepy Kiwi Bed & Breakfast.

Saya tidak dapat memilih kapal terbang untuk perjalanan pulang disebabkan tidak ada waktu penerbangan yang sesuai pada 9 November. Hanya ada pada 10 November, itupun sudah tinggi harganya. Barangkali disebabkan Deepavali. Justeru, saya memilih bas Nice. Lagipun memang sudah lama teringin menaiki bas cantik dan cozy itu.

Sleepy Kiwi pula jadi pilihan saya disebabkan (1) sudah pernah menginap di situ dan berpuas hati serba-serbi, juga (2) sudah hafal lokasinya. Bukan tidak ada backpackers hostel yang berhampiran dengan lokasi SWF, tetapi faktor utama yang mempengaruhi pilihan saya ialah keselesaan dan familiariti. Lokasinya hanya beberapa langkah dari Masjid Sultan, dan di situ kawasan Muslim.

Pilihan event saya di SWF ialah:

SWF Publishing Symposium - Tips, Tricks and Techniques to Create a Best-selling eBook

SWF Publishing Symposium - eBook Marketing: Exploiting the Social Network

Cukuplah. Dua event itu bernilai SGD44. ROI untuk TulisNovel.com Publications. Insya-Allah.

Tempahan selesai. Sudah web check-in. Semua dokumen siap dicetak. Alhamdulillah, doa makbul, matahari setia hingga ke petang, maka baju kering dengan cemerlang. Sudah siap beg. Esok penerbangan seawal jam 6.05 pagi. Saya perlu bangun jam 3.00 pagi bagi bersiap, dan keluar rumah jam 4.00 pagi untuk sampai di LCCT jam 5.00 pagi.

Mahu tonton Adam & Hawa dahulu sebelum tidur. (^_^)v

Azzah 'Izzat' ARhttp://www.blogger.com/profile/13064546644366816594noreply@blogger.com0